Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, 16 August 2013

Redhakan Semuanya

Tepat jam 1.15 a.m persamaan 5 ramadan pada 14 Julai 2013....waktu tempatan....aku redha dengan kejutan demi kejutan aku terima di bulan ramadan kali ini....
seharusnya perkara yang selalu aku tidak inginkan...namun siapa sangka perancangan Allah s.w.t itu jauh lebih baik untuk hamba2nya.....aku kehilangan seorang insan yang aku panggil atok pada 5 ramadan yang lalu...selepas beberapa hari aku kehilangan insan yang bernama moyang....yang telah menghembuskan nafas terakhir ketika ahli keluarga sibuk untuk menyediakan juadah berbuka pada hari pertama puasa....berita ini kusambut dengan hati yang redha....bohong jika dikatakan aku tidak sedih...baik buruk insan itu....dia juga orang yang melahirkan insan yang aku panggil nenek kini....hanya kemaafan dari kejauhan aku pohon semoga arwah dicucuri rahmatmu ya Allah....selepas beberapa hari peninggalan moyang....aku kembali meneruskan rutin harian seperti biasa....cuma hari ke-4 umat islam menunaikan ibadat berpuasa....aku merasa sedikit kelainan apabila hampir setiap jam aku merenung telefon....tidak pula aku terasa ingin membuat sebarang panggilan....setelah berbuka serta solat...aku mengambil tempat untuk bersembang seketika....dalam seronok bergelak ketawa aku menghentikan perbualan dan meminta diri untuk masuk tidur....jam sudah menginjak ke jarum l.20 a.m....detik itu..telefonku berbunyi..tertera nama ibu.....perasaan tidak selesa menusuk hati....dikala waktu ini tidak pernah ibu menelefon....sudah dapat mengagak berita yang bakal diterima....hati cuba ditabahkan...alhamdulillah...kala ini dapat ditahan mutiara jernih dri keluar.....aku perlu kuat demi ibu....tidak seharusnya aku menangis....setelah diberitahu...aku terus memberitahu saudara yang lain.....tepat jam 9.45 pagi....aku tiba di kampung....masih kuat aku cuba bertahan....sesaat aku menapakkan kaki masuk ke ruang rumah nenek....lantaran itu hati diruntum pilu....perkara utama yang aku cari...ibu...melihat raut muka ibu yang sedih dengan kehilangan insan yang dipanggil ayah....target seterusnya nenek yang kucari...namun tekaan melesat sama sekali...ku sangkakan nenek menangis ketika itu...apa yang aku lihat waktu itu....raut muka yang redha dengan pemergian suami tercinta....dikala ini nenek masih boleh mengukir senyum kepada para tetamu yang datang mengucapkan takziah....begitu tabah insan yang bernama isteri kepada si mati.....raut wajah yang redha dengan pemergian suami tercinta selepas ibunda tercinta pergi mengadap ilahi pada 1 ramadan yang lalu....tatkala ini....aku hanya diam melihat suasana rumah yang sayu....namun disaat ku dipanggil untuk mencium jenazah buat kali terakhir....mutiara jernih ini tidak sabar2 untuk merembes keluar....saat ini juga aku menangis kerana insan yang pernah menjaga dan menyayangi ku di usia kanak-kanakku akan meninggalkan kami sekeluarga...kutabahkan hati untuk tidak menangis...namun aku sekali lagi tewas dengan perasaanku sendiri...selepas pemergian atok sebelah ayah 9 tahun yang lalu...aku menangis bagai meratapi pemergian insan itu....namun selepas beberapa lama...aku redha dengan ketentuan mu ya Allah....jika itu yang terbaik hambamu ini lepaskan...sejurus selepas aku mencium atok....aku keluar untuk tidak melihat proses mengafan jenazah.....namun nenek sempat berkata

"rasa macam tak nak bagi je orang tutup muke dia"


saat ini aku sebagai cucu juga terasa sayu....keredhaan perlu kepada kami untuk menghantarnya pulang ke rumah kekal abadi untuknya...semoga arwah dicucuri rahmat...amin....alhamdulillah juga kerana Allah s.w.t memakbulkan doaku utk menjemput insan yang aku panggil atok dan moyang ini di bulan yang penuh barakah....iaitu bulan ramadan...semoga mereka semua tenang di alam sana...amin...

Rasa syukur juga kupanjatkan kepada yang maha esa kerana memilih kami semua sebagai insan bertuah dalam menjalani ujianmu ya Allah....subahanallah.....

No comments:

Post a Comment