Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, 30 July 2011

Di dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam penyudah syaaban ada penyeri ramadan....

"SALAM RAMADAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA"





Salam........
Kjap je kn nk msuk bln pose....
pjam celik pjam celik da nk pose blik.....
Syukur ke hadrat ilahi juge dgn limpah kurnianye,,,,
skali lgi dpt kte menyambut kedatangan bulan ramadan yg penuh berkat ini.....
cni sye nk kongsi stu bende....
dlu time kcik2 slalu ingat bgun sahur mak slalu kjutkan......
pnye la ssah nk bgun....
tggu mak bebel dlu bru nk bgun.....
n skunk mende 2 sume tggal kenangan je....
coz da blajar jauh n nk bgun shur pn kne bgun sndri da xde org kjutkn da....
huhuhu....cdihnyer....
time mak kjut dlu.....
ingat lgi mls gler kot nk bgun sahur......
Tpi stu je yg best after sahur kompem aku akan ronde stu kmpung....
n then g lpak2 ngan membe2.....
uishhhh.....
knangan tuh...
tpi dlu aku byk wt slap gk...
time2 pose bleh plak aku bkak peti ais minum air...
huh...
time tuh siyes ckp dhage btol...
kebetulan nk dijadikan cter abg aku nie cm thu2 je aku xpose siap leh tnye agi....
"awk nie asal nmpak b'tenage sgt...cm xpose je"
aishhhh aku ape lgi nipu r ckp pose....
lwak plak klau ingat blik....
yg bestnyer time nk g solat terawih.....
sronok dpt g solat sme2 ngan membe2......
mak ajak g sme xmau....
nk join membe gk....
huhuhu....
kat sni jgak sye nk kongsi cara RASULULLAH sambut bulan Ramadan
n semoge ramadan kli ini membawa seribu rahmat kpd kte sume....
amin....

1. Dengan banyak berpuasa sebelum Ramadhan. Mengerjakan puasa sunat bulan Rejab dan Sya'ban, puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa sunat lainnya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah:

"Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa, hingga kami mengatakan, bahawa beliau tidak berbuka-buka, dan kadang-kadang terus-menerus berbuka, hingga kami mengatakan bahawa beliau tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan; dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Sya 'ban "

2. Rasulullah SAW pada hari akhir dari bulan Sya'ban berceramah (berkhutbah) di hadapan para Sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman r.a., ertinya:Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Sya'ban berkhutbah di hadapan kami, maka beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah Syurga. Ramadhan itu adalah bulan membelikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari Neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikitpun berkurang." Para Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orangyang berpuasa!" Maka bersabda Rasulullah SAW: "Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya merdeka dari Neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari Neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah, ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Dua perkara lagi yang kamu sangat menghendakinya; orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga ia masuk dalam Syurga. "Melalui hadis ini kita boleh mengambil banyak pengajaran danperingatan. Kita boleh mengadakan majlis pertemuan menyambut Ramadhan dengan menghuraikan Hadis tersebut.

3. Mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu Syurga, dikunci segala pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berertilah telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan. " (Riwayat: Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)




My LoVeLy AbAh & IbU

When I saw you........
I was afraid to talk to you........
When I talked to you.....
I was afraid to hold you....
When I hold you....
I was afraid to love you....
Now that I love you.....
I'm afraid to lose you.............

Mencari Ketenangan Hati Dan Jiwa

       Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
       Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat.

1) Rasa senang apabila ia dipuji.
2) Rasa menderita apabila di keji.
3) Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
4) Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
5) Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
6) Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada    kekayaan.
7) Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
8) Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
9) Simpati dengan orang susah.
10) Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
11) Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
12) Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
13) Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

      Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. 
       Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Friday, 29 July 2011

My Big Family


i did like to upload this pic coz i like them very most....huhuhuhu.....
event xckp lgi sorg...feel sory to my beloved bro awal....
coz xdpt rye with kmi pde last year,,,,,n insya'allah thun nie kte smbut sme2....
Thanks to Allah coz give me a loving parents n siblings...
i love them very2 muchhhh....
for my my bro awal u dun need to worry coz i also posted ur pic with me....ekekeke


Yay.....this pic.....byk tmbulkn gosip to all my old friend....they said this boy is my husband.....ekeke
but truly is not.....ni abg i la....still young for have a own family.....n i still college student....=)